About

35 TIPS DAN PETUA MENJADI SEORANG PELAJAR YANG CEMERLANG DI DUNIA DAN AKHIRAT

Saturday 15 December 2012

  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Sejarah SMK Pulau Indah

Saturday 13 October 2012

 

SMKPI telah mula beroperasi pada tahun 1965 dengan 26 orang murid Tingkatan Satu bersama dua orang guru. Guru pertama ditugaskan di sekolah ini ialah Encik Sulaiman bin Md. Dom.

Pada tahun ketiga pembukaannya iaitu 1967, murid-murid Tingkatan Tiga sekolah ini telah menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran ( SRP). Murid-murid yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Empat di SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj selaku Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan sekolah ini pada hari Jumaat 15 Mac 1968. Oleh kerana pada waktu itu, Pulau ini yang dikenali sebagai Pulau Lumut hanya boleh dihubungi melalui jalan laut, maka kehadiran Perdana Menteri adalah dengan menaiki helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mendarat di Padang SMKPI.

 Sekitar tahun 70-an, SMKPI ini telah dilawati oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada setiap tahun. Selain itu beberapa orang ternama Negara turut melawat ke sekolah ini, termasuklah Tun Abdul Razak bin Hussin selaku Timbalan Perdana Menteri telah melawat ke sekolah ini pada tahun 60-an. Raja Muda Selangor iaitu Tengku Idris Shah melawat ke sekolah ini bersama-sama Raja Zarina pada tahun 1972. Pada bulan November 1984, Dato’ Sri Anwar Ibrahim iaitu Menteri  Pertanian Malaysia pada ketika itu telah melawat ke sekolah ini bagi melancarkan projek “Kampung Angkat”.

Pada tahun 1981, sekolah ini berjaya membuka Kelas Tingkatan Empat dalam aliran Sastera. Manakala murid-murid Tingkatan Empat yang berjaya ke aliran Sains meneruskan persekolahan di SM Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Justeru, pada 1982, murid-murid SMKPI telah mula menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Seramai 22 orang murid telah mengambil  peperiksaan SPM pada  tahun itu. Pada tahun 1984, sekolah ini telah dinaik taraf daripada Sekolah Gred C kepada sekolah Gred B. Sekolah ini pada mulanya terdiri daripada tiga blok bangunan satu tingkat yang kini dinamakan Blok B, Blok D dan Blok E. 

Hasil gotong-royong PIBG, satu bangunan tambahan dengan peruntukan Kementerian Pelajaran Malaysia telah berjaya dibina dan kini dikenali sebagai Blok C. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Muhammad bin Hj. Muhammad Taib, Meneteri Besar Selangor Darul Ehsan pada 1985.

Pada tahun 1999 nama Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Lumut telah ditukar kepada SMK Pulau Indah. Pertukaran ini dibuat apabila nama Pulau Lumut ditukar kepada Pulau Indah yang telah diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Tahun 2001, sebuah bangunan dua tingkat siap dibina dan mula digunakan ( Kini Blok A). Bangunan ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Dr. Mohamad Khir Toyo, Menteri Besar Selangor pada 9 Februari 2001.

Tahun 2005, SMK Pulau Indah telah menjadi sekolah angkat Westport dan menerima peruntukan Makmal Komputer yang dilengkapi dengan kemudahan komputer. Bangunan ini dikenali sebagai Blok G.

Pada Disember 2008, bangunan rumah guru telah diganti dengan bangunan satu tingkat ( kini Blok H) memandangkan pertambahan pesat bilangan murid dan pembinaan rumah guru yang baru. Bangunan ini telah digunakan pada akhir Januari 2009. Pada bulan Julai, tahun yang sama, Pusat Zakat Selangor telah berbesar hati menyumbangkan peruntukan pembinaan bumbung  untuk Dataran Ilmu yang digunakan sebagai tempat solat murid-murid lelaki pada sesi petang kerana kesesakan surau sedia ada. Pada 2012, dijangkakan SMK Pulau Indah akan berpindah ke bangunan barunya di Laguna Park, Pulau Indah.

 

Kita mendoakan semoga SMK Pulau Indah akan terus maju. 

Senarai Nama Guru Sesi Pagi

Friday 12 October 2012


En.Zahrin Bin Sarbini
Tuan Haji Idris Bin Marjuki
En.Azmi Bin Abu Bakar
Pn.Noor Zakiah bt Manaf
Pn.Tang Seng Peng
Pn Nor Fadzilah bt Shariff
Pn.Widayu bt Salimi
En.Mohan a/l kathan
Pn.Suriaty bt Mohamed Sangit
Pn Siti Hunaini bt Othman

Pn Rosidah bt Maharoragi
Pn.Diang Fatimah bt Baharudin
Pn Noraini bt Mohamad Sam
Siti Arbaiah bt Hj Palil
Pn Maizatul bt Marjuki
Pn Haneeza bt Hamzah
Pn Siti Seribani bt Taib
Pn Noorsiah bt Noordin
Pn Norizan bt Mohamed Serdari
Pn Rosilawatibt Ibrahim

Pn Punithamalar a/p  Munsami
Pn Sarehan bt Ibrahim
Pn Nurul Syamil bt Mohd Yusof
Pn Nurzahida bt Murgani
Pn Suzianty bt Mohamed Sangit
Pn Siti Hunaini Bt Othman
Pn Rosidah bt Baharudin

Berikut adalah senarai nama guru sesi pagi :D
senarai guru sesi petang yang akan post kemudian


07 Oktober 2012

Sunday 7 October 2012

Selamat Berjaya kepada semua calon PMR Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2012.


saya berdoa agar semua calon PMR tahun 2012 mendapat keputusan yang cemerlang.saya doakan sahaja, kalau saya doakan ,tapi kalau anda tiada usaha sendiri apa guna ? ok sebelum tu saya akan bagi tips-tips kepada semua calon PMR 2012.Semoga tips yang saya bagi amat berguna kepada semua calon PMR 2012 dan calon PMR 2012 Sekolah Menegah kebangsaan Pulau Indah.

Tips-Tips yang berguna :


1. Tetapkan Niat
mula-mula, korang kena tetapkan niat belajar dengan betul. Demikian juga di dalam hadis Nabi SAW:
“Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
bagi pelajar muslim, pertama sekali kita sewajarnya tetapkan niat kita tu kepada Allah s.w.t dan selebihnya kepada ibu bapa kita, guru-guru yang sanggup mengajar kita dan lain-lain lagi. terpulang lah. ada yang niat untuk dapat 9A+ dalam SPM dan further oversea dan jadi doktor, nak bantu mak ayah yang miskin dan adik-adik yang ramai lagi dan etc. suka aku ingatkan, bagi mereka yang datangnya dari keluarga yang susah, ambil lah kekurangan itu sebagai satu pendorong semangat korang untuk terus belajar dan bukan sebagai alasan untuk korang berhenti sekolah.

 
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU INDAH © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions